Kewarganegaraan digital merupakan pembangunan kemahiran secara berterusan mengenai penggunaan teknologi yang wajar, bertanggungjawab dan sah. Kemahiran-kemahiran ini termasuk membantu orang ramai untuk:
Menjamin keselamatan, membina daya ketahanan, dan membezakan fakta daripada fiksyen.
Memimpin dengan empati, berkomunikasi di antara pelbagai kebudayaan dan juga menghormati perspektif -perspektif yang lain.
Berfikir secara kritikal tentang kaedah-kaedah mereka dapat menyumbang kepada masyarakat dan bekerjasama demi kemajuan yang positif, tidak kira dalam talian ataupun luar talian.
Membina hubungan yang sihat dan mencapai kesejahteraan dalam kehidupan.
Kita semua berperanan penting demi melahirkan warga-warga digital yang bertanggungjawab dan membina masa depan yang lebih cerah.
Modul-modul pembelajaran kami bertujuan untuk membantu orang ramai untuk berfikir secara kritikal tentang tingkah laku digital mereka. Program 'We Think Digital' direka-bentuk sebagai satu kurikulum lengkap ataupun sebagai modul pembelajaran bebas dalam persekitaran yang bertahap teknologi tinggi dan juga rendah. Pengajaran-pengajaran tersebut telah tercatat dalam skrip dan memberikan panduan bahawa bagaimana anda boleh menyediakan dan menyampaikannya dalam suasana formal dan tidak formal. Modul-modul ini juga bersifat bebas, oleh itu anda dapat mengubah suainya supayu ianya dapat memuaskan keperluan-keperluan pelajar anda.
Asas-asas Digital
Pelajaran-pelajaran dan aktiviti-aktiviti dalam bahagian in mampu membantu pelajar-pelajar untuk menggunakan dan berhubung dengan Internet secara efektif. Di samping melindungi peranti-peranti digital, mereka juga akan diajari kaedah-kaedah untuk melindungi data dan infomasi sendiri (serta orang lain).
Kesejahteraan Digital
Pelajaran-pelajaran dan aktiviti-aktiviti dalam bahagian in mampu membantu pelajar-pelajar untuk menerokai identiti diri mereka, berhubung dengan orang lain (individu ataupun entiti kollektif yang lebih besar) secara berempati, beretika, dan positif, serta mengatasi risiko yang mungkin dibawakan oleh dunia digital untuk melindungi kesejahteraan fizikal dan mental mereka.
Penglibatan Digital
Pelajaran-pelajaran dan aktiviti-aktiviti dalam bahagian in mampu membantu pelajar-pelajar untuk menafsirkan perbezaan budaya dan sosial, bertindak balas dengan kehormatan, serta menilai, mencipta dan berkongsikan bentuk kandungan media yang berbagai-bagai. Kemahiran-kemahiran yang ditekankan: konteks, kualiti infomasi, serta celik huruf media.
Pemerkasaan Digital
Pelajaran-pelajaran dan aktiviti-aktiviti dalam bahagian in mampu membantu pelajar-pelajar untuk melibatkan diri dalam hal-hal awam dan advokasi mengenai isu-isu yang mereka ambil berat. Kemahiran-kemahiran yang ditekankan: penglibatan secara sivik dan penghasilan kandungan.
Peluang-peluang Digital
Pelajaran-pelajaran dan aktiviti-aktiviti dalam bahagian in mampu membantu pelajar-pelajar untuk menguasai teknik yang diperlukan demi menmanfaatkan peluang-peluang yang boleh dijumpai dalam dunia digital. Ini termasuklah kemampuan untuk memahami dan melibatkan diri dalam dialog mengenai teknologi kecerdasan buatan (AI), memahami dan mengguna-pakai konsep komputasi, melibatkan diri dalam penciptaan data, pengumpulan, tafsiran dan analisi, serta mengemudi aktiviti-aktiviti ekonomi secara dalam talian dan luar talian.
Pembelajaran yang melibati interaksi menggalakkan proses pembelajaran. Kita sedar bahawa pembelajaran melalui pengalaman interaksi dapat meningkatkan kadar memori yang terkekal dan juga kelajuan pembelajaran pelajar. Demi menambah-baik program 'We Think Digital', kami telah mereka-bentuk kandungan interaksi yang sesuai untuk pelajar-pelajar dari pelbagai golongan usia, supaya mereka bergiat memajukan diri dalam fasa pembelajaran mereka.