Selami repositori sumber kami yang
dibangunkan oleh pelbagai pakar untuk khalayak ramai

Selami repositori sumber kami yang
dibangunkan oleh pelbagai pakar untuk khalayak ramai

Modul pembelajaran kami bertujuan untuk memperkasakan orang ramai untuk berfikir secara kritikal tentang tingkah laku digital mereka.

Program 'We Think Digital' direka-bentuk sebagai kurikulum penuh ataupun sebagai pelajaran individu biarnya dalam persekitaran teknologi tinggi atau rendah. Pelajaran-pelajarannya adalah berskrip dan memberikan panduan tentang cara anda boleh menyediakan dan menyampaikannya dalam suasana formal dan juga tidak formal. Ia juga bersifat terbuka supaya anda boleh mengubah suainya agar kandungannya menjadi lebih sesuai dengan keperluan pelajar anda.

Sumber-sumber Kami

Gunakanlah sumber-sumber kami untuk memulakan dialog tentang kewarganegaraan digital dan kesejahteraan bersama anak anda. Alat-alat ini akan mengajar anak anda tentang infomasi, tingkah laku dan kemahiran yang diperlukan oleh golongan muda untuk menerokai internet dengan selamat dan menggunakan sumbernya untuk mempengaruhi dunia mereka secara positif.

Asas-asas Digital

Pelajaran-pelajaran dan aktiviti-aktiviti dalam bahagian ini dapat membantu pelajar memahami cara untuk berhubung dan menggunakan internet serta platform-platform lain dengan berkesan. Ia juga membantu pelajar melindungi data dan maklumat mereka (dan orang lain), serta peranti dan aset digital mereka.

Kesejahteraan Digital

Pelajaran-pelajaran dan aktiviti-aktiviti dalam bahagian ini membantu pelajar menerokai identiti mereka, berhubung dengan orang lain (tidak kira dengan individu-individu ataupun entiti-entiti yang lebih besar) secara empati, beretika dan positif, serta mengatasi risiko dunia digital yang bakal datang demi melindungi kesihatan fizikal dan mental mereka.

Penglibatan Digital

Pelajaran-pelajaran dan aktiviti-aktiviti dalam bahagian ini membantu pelajar mentafsir perbezaan budaya dan sosial, bertindak balas,melibatkan diri dengan kehormatan, serta menilai, mencipta dan berkongsi pelbagai jenis kandungan media. Kemahiran yang terlibat: konteks, kualiti maklumat, dan celik media.

Pemerkasaan Digital

Pelajaran-pelajaran dan aktiviti-aktiviti dalam bahagian ini membantu pelajar menyertai hal awam dan advokasi mengenai isu-isu yang mereka ambil berat. Kemahiran yang terlibat: aktiviti sivik dan penghasilan kandungan.

Peluang-peluang Digital

Pelajaran-pelajaran dan aktiviti-aktiviti dalam bahagian ini membantu pelajar mempelajari kemahiran yang mereka perlukan untuk memanfaatkan sepenuhnya peluang yang boleh ditawarkan oleh dunia digital. Ini mungkin termasuk keupayaan untuk memahami dan mengambil bahagian dalam dialog mengenai kecerdasan buatan, memahami dan menggunakan konsep komputasi, melibatkan diri dalam penciptaan data, pengumpulan, tafsiran dan analisis serta penerokaan aktiviti ekonomi dalam talian dan luar talian.

Mencari melalui perpustakaan sumber kami yang telah dikemaskan mengikut jenis khalayak dan topik

Item Tampilan

Modul Pembelajaran

We Think Digital Learning Modules

Our learning modules are designed to empower people with the knowledge to think critically about their digital behavior.

Akses

Item Tampilan

WTD
Video

Identifying Scams

Learn how to protect yourself from possible scams

Tinjau

Soalan-soalan Lazim

Apa lagi yang 'We Think Digital' tawarkan?

Matlamat kami adalah untuk menghasilkan koleksi pelajaran untuk fasilitator. Melalui infrastruktur yang berguna dan menarik ini, fasilitator mampu menyemak imbas, mencari dan memuat turun kandungan dengan cara yang paling sesuai untuk mereka semasa latihan.

Untuk siapakah pengajaran ini dan bagaimana ia dicipta?

Pelajaran-pelajaran ini dilahirkan daripada sumber-sumber beberapa pakar dengan pengalaman dalam mereka bentuk kandungan dan kurikulum. Sumber-sumber kami tidak berkaitan dengan faktor usia. Kurikulum utama kami adalah modular dengan arahan langkah demi langkah supaya guru ataupun fasilitator boleh memutuskan topik mana yang paling penting bagi pelajar mereka.

Apakah rupa sebuah pelajaran?

Setiap pelajaran berskrip, namun memberi ruang kepada fasilitator untuk menyesuaikan kandungannya supayanya menjadi sesuai mengikuti keperluan pelajar dan persekitaran pembelajaran mereka. Pelajaran-pelajaran memberi perkhidmatan kepada komuniti berteknologi tinggi dan juga rendah. Banyak pelajaran telah dibangunkan untuk tetapan pembelajaran dengan sedikit atau tiada akses internet langsung.