Ketahui lebih lagi tentang Kewarganegaraan
Digital melalui kuiz-kuiz dan video-video kami

Ketahui lebih lagi tentang Kewarganegaraan Digital melalui kuiz-kuiz dan video-video kami

Kuiz-kuiz dan Video-video Interaktif

Pembelajaran interaktif menggalakkan pembelajaran yang lebih aktif. Kami faham bahawa pembelajaran melalui pengalaman interaktif dapat meningkatkan kadar pengekalan ilmu dan kadar pembelajaran dalam kalangan peserta. Untuk menambah baik program 'We Think Digital,' kami telah menghasilkan kandungan interaktif yang sesuai untuk pelajar merentasi semua kumpulan umur demi memastikan peserta terlibat secara aktif dalam proses pembelajaran.

Perkara pasal Privasi

Perkara pasal Privasi

Pelajar akan memahami bagaimana privasi berbeza bagi individu-individu yang berbeza, dan menilai matlamat privasi peribadi mereka sendiri.

Pengurusan Kata Laluan

Pengurusan Kata Laluan

Pelajar-pelajar akan belajar cara untuk mengurus dan melindungi kata laluan mereka supaya keselamatan mereka dalam dunia digital boleh dijamin.

Keselamatan Siber

Keselamatan Siber

Pelajar-pelajar akan memahami risiko berada dalam talian dan cara untuk memastikan maklumat mereka selamat daripada penipu dan penggodam.

Hubungan Dalam Talian yang Sihat

Hubungan Dalam Talian yang Sihat

Pelajar-pelajar akan belajar bagaimana untuk mengekalkan hubungan yang sihat dalam talian dan mengapa ianya penting.

Proses Pengesahan

Proses Pengesahan

Pelajar akan memahami kepentingan pengesahan media dan langkah yang mereka boleh ambil untuk mengesahkan kebenaran berita yang mereka baca dalam talian.

Soalan-soalan Lazim

Bagaimanakah boleh saya menggunakan kandungan interaktif dalam kelas saya?

Kuiz dan video boleh dialami dalam bentuk pelajaran kumpulan, di mana anda boleh mengenal pasti detik-detik penting untuk mengukuhkan pembelajaran. Ini juga boleh diedarkan secara individu supaya pelajar boleh meneruskan pembelajaran mereka pada masa dan kadar mereka sendiri selepas masa kelas.